HAA..SIAPA KATA BNO TIDAK TERKENAL?? PADA 20 MAC YANG LEPAS BARU SAHAJA BERLANGSUNG ACARA GILANG GEMILANG ANJURAN PEMUDA BN TAU..IAITU DRIFT DAN AUTOSHOW..TGOK GAMBAR2 DI BAWAH..MENARIK...!!
Final Project
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger. Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Semester 6, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor telah menghasilkan blog ini sebagai "Final Project" kami. Kami ingin mendapatkan komen dan pandangan daripada anda semua tentang Bagan Nakhoda Omar yang tidak dikenali ramai supaya kawasan rekreasi ini lebih dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan di negeri Selangor. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan, kawasan rekreasi ini dapat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Monday, March 28, 2011
berminat tapi tidak tahu hendak ke bagan nakhoda omar?? lihat di google maps ini
selepas dah tahu ni, boleh la anda semua datang ke BNO ye...meh kite ramai-ramai ke BNO..cuti-cuti 1 malaysia..
Wednesday, March 23, 2011
the Anglers Day @ Kelong Paradise Waterfront Resort
salam 1 malaysia buat anda semua..kami ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang pakej memancing yang berpatutan..bagi si kaki pancing, kelong adalah tempat paling ideal untuk anda memancing sambil release tension. hari yang sesuai bagi kaki pancing adalah hari isnin sampai hari rabu kerana harga pakej yang murah dan berpatutan. jadi, anda tunggu apa lagi..datanglah ke Kelong Paradise Waterfront Resort yang terletak di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Anglers Day |
|
Kampung Teluk Rhu, Bagan Nakhoda Omar
nama asal kampung ini tidak dapat diketahui. namun, kampung ini mempunyai cerita tersendiri bagi menceritakan asal penubuhan kampung teluk rhu yang mempunyai kaitan dengan kampung parit baru.
kampung teluk rhu yang terletak di sebelah kampung parit baru darat, tidak mempunyai ketua kampung khusus tetapi di bawah kepimpinan haji abu hassan bin haji abdul razak iaitu ketua kampung parit baru. mengikut pandangan ahli politik ketika itu, kampung parit baru yang mempunyai kawasan yang agak luas dan penduduknya juaga agak ramai perlu ditadbir dengan baik dan tersusun.
oleh itu, kampung tersebut telah dipecahkan kepada 4 kampung kecil yang terdiri daripada kampung parit baru, kampung parit baru baruh, kampung sungai apong dan kampung teluk rhu.
dengan pembahagian kampung itu, maka penghulu pada masa itu iaitu tuan syed hashim bin syed ajam telah meminta penduduk kamoung teluk rhu untuk memilih seorang wakil kampung untuk dijadikan ketua kampung. para penduduk telah memilih haji zainal bin abdul ghani menjadi ketua kampung pertama bagi kampung teluk rhu.
pada pemilihan kedua, tuan haji abdul malik bin haji yunus telah dipilih sebagai ketua kampung kedua dan masih dipegang beliau sehingga kini.
sumber dari : koleksi cerita rakyat daerah sabak bernam.
Friday, March 18, 2011
kampung sungai lang atau kampung parit baru
kampung ini telah dibuka pada tahun 1918 dan diketuai oleh Haji Abdul Razak bin Haji Alias yangberasal dari tanah jawa bersama 25 orang anak buahnya. sebelumnya, orang-orang ini telah berkampung di negeri perak iaitu di sungai tiang, chenderung balai, dan di sungai samun hingga ke hilir perak. mereka ini pada asalnya merupakan golongan buruh dan pekerja ladang.
kampung ini mula dibuka di kawasan sungai lang. menurut cerita kawasan ini dinamakan sungai lang ialah kerana pada masa itu pantai selat melaka ada satu pohon kayu yang sudah mati tetapi rantingnya rapat(hidup). apabila senja, beratus-ratus burung helang hinggap di pohon itu sehingga keesokan harinya. maka, terhasilnya nama sungai lang pada tahun 1919-1946.
tetapi telah bertukar namanya ke kampung parit baru pada tahun 1938.
sumber: koleksi cerita rakyat daerah sabak bernam.
kampung tebuk jawa, bagan nakhoda omar, sabak bernam
kampung tebuk jawa merupakansebuah kampung tradisional yang bersempadan di sebelah utaranya dengan kampung tebuk mufrad, sebelah selatan selatan selat melaka, sebelah timur kampung banting dan kampung sekendi serta sebelah baratnya kampung simpang empat BNO.
nama asal kampung ini diambil sempena orang jawa yang mula-mula meneroka kawasan ini. di samping itu, pada peringkat awal juga hampir 90 peratus penduduk kampung ini terdiri dari masyarakat berketurunan jawa.
kampung ini mempunyai kisah lagenda nya tersendiri. mengikut kepercayaan orang dahulu, kampung ini ada penunggunya iaitu seekor kuda putih. pada masa lalu, penduduk kampung mengamalkan upacara menyembelih seekor kambing jantan hitam berbelang putih untuk penyembahan kepada penunggu kampung ini. ada penduduk kampung yang percaya, jika tidak melakukan amalan ini, kampung ini akan dilanda musibah dan malapetaka. namun pada masa kini, ia adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Tuesday, February 15, 2011
Hidupan di hutan bakau BNO
Hutan paya bakau adalah tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies burung, ketam, udang dan kerang. Hidupan ini bertelur, menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Kali ini, kami akan memaparkan tentang beberapa spesies burung yang menjadikan hutan bakau sebagai tempat tinggal dan mencari makanan. Antara burung yang terdapat di hutan bakau ialah burung bangau kecil, burung bangau besar, burung pucung keladi, burung pucung seriap, burung botak upih, burung helang merah, burung helang siput, burung pacat bakau, burung murai bakau dan burung camar.
![]() | ||
Burung Bangau Besar Burung bangau besar ialah haiwan vetebrata yang berdarah panas, mempunyai sayap dan badannya diselubungi bulu pelepah. Burung ini berwarna putih seluruh badan, berkaki hitam, dan berparuh kuning. Namun, paruhnya berubah menjadi hitam pada musim membiak. Biasanya bangau besar hidup bersendirian atau dalam kumpulan kecil di sawah atau di paya dan hutan bakau kerana mudah mendapat makanan dan membuat sarang untuk bertelur. Spesies ini terdapat dengan banyaknya di pantai negeri Perak dan Selangor kerana terdapat hutan dan paya bakau yang luas. Burung bangau besar membiak pada bulan Ogos atau September setiap tahun terutama di pantai paya bakau di Selangor dan Perak. Sarangnya dibuat daripada ranting mati di atas pokok bakau setinggi 1.5 meter hingga 6 meter dari permukaan air.
Burung Pucung Keladi Burung Pucung Keladi berwarna kelabu. Semasa peringkat anak, burung ini berwarna keperangan dan tedapat jalur pada bahagian dada. Kemudian, warna kaki bertukar daripada kuning kepada kemerahan. Pucung Keladi adalah spesies yang paling banyak terdapat di Malaysia. Burung Pucung keladi suka bersendirian dan menjaga kawasannya. Ia haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dipenuhi bulu pelepah. Burung ini boleh didapati di kawasan berpaya, persisiran pantai berlumpur, pulau persisiran, sungai dan alur, tasik dan kawasan berair (termasuk kolam kumbahan). Burung Pucung Keladi membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Burung Helang MerahBurung Helang Merah ialah haiwan yang tergolong dalam haiwan bertulang belakang (vetebrata), berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Helang Merah tidak bergigi. Ia merupakan burung pemangsa yang mudah dilihat di Malaysia dan mudah dikenal pasti melalui bulu putih pada kepala dan pada dadanya. Banyak didapati di kawasan persisiran pantai dan berpaya, biasanya dalam jumlah yang kecil, secara bersendirian atau berpasangan. Helang Merah boleh meluncur tinggi di kawasan daratan, termasuk bandar dan pekan. Ketika terbang tinggi, ia mungkin tidak disedari oleh pandangan mata manusia, terutama apabila waktu panas terik. Pemangsa ini memakan mamalia seperti tikus, tupai dan ayam. Sesetengah haiwan ini dapat memangkap ikan di sungai dan laut. Burung Lang Merah boleh didapati di kawasan persisiran, sungai dan tasik besar, kebanyakannya kawasan terpencil. Selain Malaysia, ia boleh didapati di China Selatan, utara Australia dan Solomon. Burung Murai BakauBurung Murai Bakau adalah salah satu daripada haiwan dalam keluarga Pachycephalidae. Selain Malaysia, ia boleh didapati di Bangladesh, Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam. Nama sainsnya ialah Pachycephala grisola. Burung Murai Bakau tergolong dalam haiwan, bertulang belakang (vetebrata), berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang diselubungi bulu pelepah. |
Sunday, January 23, 2011
Kelong Paradise Waterfront Resort
Pada entri yang lalu, sewaktu memperkenalkan kawasan rekreasi BNO, kami bercerita tentang Kelong Paradise. Kali ini kami akan memberikan maklumat lanjut tentang tempat memancing yang menjadi sebutan kaki pancing tersebut.
Lebih kurang 20 minit perjalanan dari pekan Sabak Bernam, anda akan sampai ke pantai Bagan Nakhoda Omar. Di sinilah terdapat jeti untuk ke Kelong Paradise Waterfront Resort.
![]() |
Pejabat dan jeti Kelong Paradise Waterfront Resort di |BNO. |
Pengalaman memancing di tengah lautan pasti akan meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan. Antara ikan yang selalunya dapat dipancing ialah kerapu, sembilang, pari, jenahak, bawal, jemuduk, gelama, senangin dan lain-lain lagi. Beberapa orang pemancing yang pernah memancing di kelong ini berkata bahawa waktu memancing yang sesuai ialah pada pukul 2.00 pagi hingga pukul 6.00 pagi. Pada waktu ini ikan dikatakan sangat aktif mencari makanan dan pastinya umpan para pemancing menjadi buruan. Pemancing juga dinasihatkan supaya memilih hari yang sesuai untuk ke jeti ini. Pada hari minggu dan cuti am, bilangan pemancing paling ramai berkunjung ke sini.
Pemandangan kelong nun di kejauhan.
Pemandangan di dalam kelong (1).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi alamat dan nombor telefon berikut:
Suite 838, Level 8, Block A,
Lobby B, Kelana Centre Point,
No. 3, Jalan SS7/19,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
MALAYSIA
(+6) 017 264 5315
(+6) 012 655 7280
(+6) 013 271 9481
Lobby B, Kelana Centre Point,
No. 3, Jalan SS7/19,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
MALAYSIA
(+6) 017 264 5315
(+6) 012 655 7280
(+6) 013 271 9481
Friday, January 21, 2011
Kegunaan lain pokok bakau
Selain menjadi penyelamat hakisan pantai dan penghalang ribut taufan, pokok bakau mempunyai keistimewaan lain. Batang pokok yang kering digunakan untuk membuat arang. Batang pokok ini juga dijadikan cerucuk dalam bidang pembinaan. Di kawasan kuala, rumah yang dibina menganjur ke laut menggunakan kayu bakau sebagai tiang. Kayu bakau tahan lama dan tidak mudah reput walaupun dalam air masin. Bunga dan daun dijadikan bahan perubatan tradisional.
Kayu pokok bakau digunakan untuk membuat arang.
Buah, bunga dan daun dijadikan bahan perubatan tradisional.
Kayu bakau digunakan sebagai tiang rumah di tepi laut
kerana ketahanannya dalam air masin.
Hutan Bakau di BNO
Jika anda ke BNO, pastinya anda dapat melihat rimbunan pokok bakau yang menghijau. Hutan paya bakau adalah sebahagian hutan Tropika yang terdapat di Malaysia. Hutan paya bakau banyak terdapat di negeri Perak, Johor, Pahang, Kedah dan Selangor.
Hutan paya bakau yang terdapat berhampiran kawasan rekreasi BNO.
Apakah kepentingan hutan paya bakau?
Hutan paya bakau sangat penting bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem alam. Pokok bakau mempunyai batang dan akar sokong yang kuat. Oleh itu, pokok bakau dapat mencegah pantai daripada hakisan dan dapat melindungi pesisiran pantai daripada banjir dan angin ribut.
Batang dan akar sokong yang kuat dapat melindungi pantai daripada hakisan.
Hutan paya bakau juga menjadi tempat pembiakan haiwan molaska seperti ketam dan udang, serta beberapa spesies ikan. Haiwan ini mencari makanan, bertelur dan menetas di kawasan hutan ini sebelum kembali ke laut.
Burung juga mencari makan dan membuat sarang di hutan bakau ini. Antara burung yang sering menghuni kawasan ini ialah burung helang merah, burung bangau dan pekaka.
Bangau dan haiwan molaska mencari makanan di hutan paya bakau.
Bagi manusia, pokok bakau mempunyai beberapa kegunaan. Batang pokok bakau dapat dijadikan kayu api, arang, kraf tangan dan perabot. Daun, buah dan biji benih bakau dapat dijadikan bahan perubatan tradisional.
Kayu bakau digunakan juga dalam kerja-kerja pembinaan.
Thursday, January 20, 2011
Ikan Belacak di BNO
Ikan Belacak dikenali sebagai Ikan Tembakul atau Ikan Belodok, merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae, dalam famili Gobiidae (Gobies). Ikan belacak merupakan ikan afimbia, disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumpt laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri, contohnya mempertahankan kawasan mereka.
Ikan Belacak hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika, termasuk keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik di persisiran Afrika. Ikan belacak juga dijadikan bahan dalam pembuatan minyak urut dan ubatan tradisional dan dipercayai mempunyai khasiat dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit.

Tuesday, January 18, 2011
Perjalanan ke BNO
Sewaktu perjalanan anda ke pantai BNO, anda dapat menyaksikan pemandangan cantik dan keindahan perkampungan tradisi yang dipenuhi dengan pokok kelapa dan tumbuhan hijau yang lain. Pemandangan begini pasti sahaja menyejukkan pandangan dan dapat mengembalikan nostalgia kehidupan di kampung bagi anda yang telah lama berhijrah ke bandar.
Pemandangan begini terdapat di sepanjang jalan menuju ke kawasan Rekreasi BNO.
Monday, January 17, 2011
Runsing? Buntu? Rimas dengan masalah harian anda?? Kami ada tempat menarik untuk anda lepaskan tekanan harian!!
Bagan Nakhoda Omar, sebuah pekan kecil di Sabak Bernam terletak di barat laut negeri Selangor. Daerah ini merupakan sempadan negeri Selangor dengan Perak di utara yang disempadani oleh Sungai Bernam. Asal nama Sabak Bernam pula dipercayai daripada perkataan “Sahabat Berenam”. Mereka merupakan bekas pembesar Aceh dan Sumatera yang berdagang ke Tanah Melayu dan menemui kuala sungai, lalu dinamakan Sungai Bernam.
Di pesisir laut Sabak Bernam terdapat sebuah pantai. Pantai ini telah dijadikan kawasan rekreasi yang dikenali dengan nama Pusat Rekreasi Bagan Nakhoda Omar (BNO). Pantai ini sangat sesuai untuk bersantai bersama-sama keluarga. Di sini terdapat kemudahan medan selera, kedai cenderamata, surau dan wakaf berteduh.
![]() |
Anda boleh juga rehatkan minda dengan bersiar-siar di pantai BNO. |
![]() | ||
Haa ... inilah antara tarikan utama di BNO - sunset view. |
Subscribe to:
Posts (Atom)