Final Project

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger. Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Semester 6, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor telah menghasilkan blog ini sebagai "Final Project" kami. Kami ingin mendapatkan komen dan pandangan daripada anda semua tentang Bagan Nakhoda Omar yang tidak dikenali ramai supaya kawasan rekreasi ini lebih dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan di negeri Selangor. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan, kawasan rekreasi ini dapat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Tuesday, December 28, 2010

Anda tahu tentang sejarah Bagan Nakhoda Omar??Jom baca!!

Mukim Bagan Nakhoda Omar juga dipanggil mukim BNO sebagai singkatan nama mukim. Mukim BNO adalah salah sebuah mukim yang terdapat di daerah Sabak Bernam. Kedudukannya adalah di pesisiran Selat Melaka. Mukim ini mempunyai 7 buah kampung di bawah pentadbiran seorang penghulu mukim sebagai pentadbir. Kampung-kampung tersebut ialah Kg. Sekendi, Kg. Tebuk Jawa, Kg. Simpang Empat, Kg. Parit Baru Pekan (Kg. Sungai Lang), Kg. Teluk Rhu, Kg. Sungai Apong dan juga Kg. Sungai Tengar Selatan.
       Nama bagan di ambil sempena nama pengkalan bagi nelayan disini yang hanya menangkap hasil laut sebagai sumber pencarian. Menurut sejarah, nama mukim BNO di ambil sempena nama seorang nama nakhoda kapal yang berlabuh disini yang berasal dari melaka. Oleh kerana kapalnya rosak, nakhoda tersebut mengambil keputusan untuk berlabuh di sini maka mukim ini dinamakan Bagan Nakhoda Omar. 

Wednesday, December 22, 2010

Salam Perkenalan daripada Kami

Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 6 mendapat tugasan Projek Akhir mengenai tempat daya tarikan pelancong iaitu Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam Selangor. Diharap dengan wujudnya laman sosial Facebook dan Blogspot ini, rakyat Malaysia dan pelancong asing dapat mengenali dengan lebih dekat perkampungan nelayan yang cantik ini.


Ahli kumpulan :

Nursyazalina Farhanah Adnan
Siti Norain Abu Bakar
Zuariah Zulkifli
Nur Izzati Munira

Penyelia: Pn Noraini bt Mohd Idaris
Penasihat : En Raizal b Rahim



Translate to ENGLISH (click here)