Mukim Bagan Nakhoda Omar juga dipanggil mukim BNO sebagai singkatan nama mukim. Mukim BNO adalah salah sebuah mukim yang terdapat di daerah Sabak Bernam. Kedudukannya adalah di pesisiran Selat Melaka. Mukim ini mempunyai 7 buah kampung di bawah pentadbiran seorang penghulu mukim sebagai pentadbir. Kampung-kampung tersebut ialah Kg. Sekendi, Kg. Tebuk Jawa, Kg. Simpang Empat, Kg. Parit Baru Pekan (Kg. Sungai Lang), Kg. Teluk Rhu, Kg. Sungai Apong dan juga Kg. Sungai Tengar Selatan.
Nama bagan di ambil sempena nama pengkalan bagi nelayan disini yang hanya menangkap hasil laut sebagai sumber pencarian. Menurut sejarah, nama mukim BNO di ambil sempena nama seorang nama nakhoda kapal yang berlabuh disini yang berasal dari melaka. Oleh kerana kapalnya rosak, nakhoda tersebut mengambil keputusan untuk berlabuh di sini maka mukim ini dinamakan Bagan Nakhoda Omar.

No comments:
Post a Comment