Final Project

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger. Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Semester 6, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor telah menghasilkan blog ini sebagai "Final Project" kami. Kami ingin mendapatkan komen dan pandangan daripada anda semua tentang Bagan Nakhoda Omar yang tidak dikenali ramai supaya kawasan rekreasi ini lebih dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan di negeri Selangor. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan, kawasan rekreasi ini dapat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Tuesday, February 15, 2011

Hidupan di hutan bakau BNO

Hutan paya bakau adalah tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies burung, ketam,  udang dan kerang. Hidupan ini bertelur,  menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Kali ini, kami akan memaparkan tentang beberapa spesies burung yang menjadikan hutan bakau sebagai tempat tinggal dan mencari makanan. Antara burung yang terdapat di hutan bakau ialah burung bangau kecil, burung bangau besar, burung pucung keladi, burung pucung seriap, burung botak upih, burung helang merah, burung helang siput, burung pacat bakau, burung murai bakau dan burung camar. 

Burung Bangau Besar

Burung bangau besar ialah haiwan vetebrata yang berdarah panas, mempunyai sayap dan badannya diselubungi bulu pelepah. Burung ini berwarna putih seluruh badan, berkaki hitam, dan berparuh kuning. Namun, paruhnya berubah menjadi hitam pada musim membiak. Biasanya bangau besar hidup bersendirian atau dalam kumpulan kecil di sawah atau di paya dan hutan bakau kerana mudah mendapat makanan dan membuat sarang untuk bertelur. Spesies ini terdapat dengan banyaknya di pantai negeri Perak dan Selangor kerana terdapat hutan dan paya bakau  yang luas. Burung bangau besar membiak pada bulan Ogos atau September setiap tahun terutama di pantai paya bakau di Selangor dan Perak. Sarangnya dibuat daripada ranting mati di atas pokok bakau setinggi 1.5 meter hingga 6 meter dari permukaan air.

Burung Bangau Kecil

Burung Pucung Keladi

Burung Pucung Keladi berwarna kelabu. Semasa peringkat anak, burung ini berwarna keperangan dan tedapat jalur pada bahagian dada. Kemudian,  warna kaki bertukar daripada kuning kepada kemerahan. Pucung Keladi adalah spesies yang paling banyak terdapat di Malaysia. Burung Pucung keladi suka bersendirian dan menjaga kawasannya. Ia haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dipenuhi bulu pelepah. Burung ini boleh didapati di kawasan berpaya, persisiran pantai berlumpur, pulau persisiran, sungai dan alur, tasik dan kawasan berair (termasuk kolam kumbahan). Burung Pucung Keladi membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.  
Burung Helang Merah


Burung Helang Merah ialah haiwan yang tergolong dalam haiwan bertulang belakang (vetebrata), berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Helang Merah tidak bergigi. Ia merupakan burung pemangsa yang mudah dilihat di Malaysia dan mudah dikenal pasti melalui bulu putih pada kepala dan pada dadanya. 
Banyak didapati di kawasan persisiran pantai dan berpaya, biasanya dalam jumlah yang kecil, secara bersendirian atau berpasangan. Helang Merah boleh meluncur tinggi di kawasan daratan, termasuk bandar dan pekan. Ketika terbang tinggi, ia mungkin tidak disedari oleh pandangan mata manusia, terutama apabila waktu panas terik. Pemangsa ini memakan mamalia seperti tikus, tupai dan ayam. Sesetengah haiwan ini dapat memangkap ikan di sungai dan laut. Burung Lang Merah boleh didapati di kawasan persisiran, sungai dan tasik besar, kebanyakannya kawasan terpencil. Selain Malaysia, ia boleh didapati di China Selatan, utara Australia dan Solomon.
Burung Murai Bakau


Burung Murai Bakau adalah salah satu daripada haiwan dalam keluarga Pachycephalidae. Selain Malaysia, ia boleh didapati di Bangladesh, Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam. Nama sainsnya ialah Pachycephala grisola. Burung Murai Bakau tergolong dalam haiwan, bertulang belakang (vetebrata), berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang diselubungi bulu pelepah.


1 comment: