Pada entri yang lalu, sewaktu memperkenalkan kawasan rekreasi BNO, kami bercerita tentang Kelong Paradise. Kali ini kami akan memberikan maklumat lanjut tentang tempat memancing yang menjadi sebutan kaki pancing tersebut.
Lebih kurang 20 minit perjalanan dari pekan Sabak Bernam, anda akan sampai ke pantai Bagan Nakhoda Omar. Di sinilah terdapat jeti untuk ke Kelong Paradise Waterfront Resort.
Pejabat dan jeti Kelong Paradise Waterfront Resort di |BNO. |
Pengalaman memancing di tengah lautan pasti akan meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan. Antara ikan yang selalunya dapat dipancing ialah kerapu, sembilang, pari, jenahak, bawal, jemuduk, gelama, senangin dan lain-lain lagi. Beberapa orang pemancing yang pernah memancing di kelong ini berkata bahawa waktu memancing yang sesuai ialah pada pukul 2.00 pagi hingga pukul 6.00 pagi. Pada waktu ini ikan dikatakan sangat aktif mencari makanan dan pastinya umpan para pemancing menjadi buruan. Pemancing juga dinasihatkan supaya memilih hari yang sesuai untuk ke jeti ini. Pada hari minggu dan cuti am, bilangan pemancing paling ramai berkunjung ke sini.
Pemandangan kelong nun di kejauhan.
Pemandangan di dalam kelong (1).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi alamat dan nombor telefon berikut:
Suite 838, Level 8, Block A,
Lobby B, Kelana Centre Point,
No. 3, Jalan SS7/19,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
MALAYSIA
(+6) 017 264 5315
(+6) 012 655 7280
(+6) 013 271 9481
Lobby B, Kelana Centre Point,
No. 3, Jalan SS7/19,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
MALAYSIA
(+6) 017 264 5315
(+6) 012 655 7280
(+6) 013 271 9481
Wah, cantiknya kelong ni. Tapi takut jugak. terbayang tsunami atau makhluk air gergasi tiba-tiba muncul dan ngap apa yang ada di dalam kelong. Nyum, nyum, nyum...
ReplyDeletehahaha ... akak ritahyahaya, kaki pancing tak terfikir pun semua tu. keseronokan memancing mengatasi segalanya. insya-Allah, dgn niat yang baik, doakan semuanya selamat.
ReplyDeleteBNO,
ReplyDeleteBetulah kata sdr. tu. Saya cuba buat lawak yang tahap bukan biase-biase aje. (pinjam kata-kata David Teo dalam Raja Lawak 5). Tapi, ada masa-masanya kita kena pikir lain daripada yang lain.
hahahaaa..kelong..teringin lah nk g sana..tengok cm best jew..
ReplyDeletedengar cite banyak binatang payong ek..bhahahahaaa
saya pun tak penah sampai sini...kalu lalu kat bno...singgah kat medan selera yg ada jual mee udang...
ReplyDeletesaye rasa gambar2 nie penulis main copy and paste tanpa rujukan.jd ini akan memberikan gambaran negatif
ReplyDeletesaye rase awok ni mesti pesaing kumpulan ni kan tbe2 je nak degrade diorg nye usaha..
Deletejeles gapo?? mwhaha
pantaiBNO ni dari dulu memang best...zaman saya kecik2 dulu selalu tido kat tepi pantai pada hujung miggu...sekarang bertambah cantik..kerana dah ada macam2 kemudahan seperti kedai makan ngan kelong paradise...dah pernah naik sekali...best sangat...harap2..dipertingkatkan lagi kemudahan seperti chalet dan kedai cendramata....ramai kawan2 kat KL ni cerita pasal BNO ni...bangga juga...kg kita dikenali ramai..
ReplyDeleteSaya dh beberapa kali g tempat ni.memang tip-top ikan2nye. kalau dpt la...Tp nk komplen 1 hal,dulu meal times 5kali, tp skarang 3 kali shj.mane ckp,harga sama je
ReplyDeleteSis Lieyananilaz
ReplyDeleteMedan selera tu area mana?Mmeang mee udang tu menu utama ker?
site official bno dah kena off sbb xbayor server, jd cmana nak kontek klu nak buat tempahan?
ReplyDeleteTolong nyatakan kemudahan yg disediakan boleh?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete