Final Project

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger. Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Semester 6, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor telah menghasilkan blog ini sebagai "Final Project" kami. Kami ingin mendapatkan komen dan pandangan daripada anda semua tentang Bagan Nakhoda Omar yang tidak dikenali ramai supaya kawasan rekreasi ini lebih dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan di negeri Selangor. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan, kawasan rekreasi ini dapat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Tuesday, January 18, 2011

Perjalanan ke BNO

Sewaktu perjalanan anda ke pantai BNO, anda dapat menyaksikan pemandangan cantik dan keindahan perkampungan tradisi yang dipenuhi dengan pokok kelapa dan tumbuhan hijau yang lain. Pemandangan begini pasti sahaja menyejukkan pandangan dan dapat mengembalikan nostalgia kehidupan di kampung bagi anda yang telah lama berhijrah ke bandar.
Pemandangan begini terdapat di sepanjang jalan menuju ke kawasan Rekreasi BNO.
 
Gerai makanan yang kendalikan oleh penduduk kampung menyajikan makanan
yang sedap dan menyelerakan.

Minuman "jus kedondong asam boi" memang sedap rasanya.

4 comments:

  1. wah...jus kedondong...i like it!
    erm...dis place pon nice juga..
    nnti u all folow up wif the latest info ya!
    btw, nice pix...
    <3 it!
    -nana-

    ReplyDelete
  2. saya pernah juga minum jus kedondong ni kat gerai tepi jalan tu. memang sedap.

    ReplyDelete
  3. kalau gerai yang tu, saya suka laksanya ... mmmm ... sedap!!

    - joey -

    ReplyDelete
  4. eh ni kat kedai laksa 2 kew?..
    huhuhuuu..bgus gak taruk pict laksa 2..=)
    mkn2..

    ReplyDelete