Final Project

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger. Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Semester 6, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor telah menghasilkan blog ini sebagai "Final Project" kami. Kami ingin mendapatkan komen dan pandangan daripada anda semua tentang Bagan Nakhoda Omar yang tidak dikenali ramai supaya kawasan rekreasi ini lebih dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan di negeri Selangor. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan, kawasan rekreasi ini dapat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Friday, January 21, 2011

Hutan Bakau di BNO

Jika anda ke BNO, pastinya anda dapat melihat rimbunan pokok bakau yang menghijau. Hutan paya bakau adalah sebahagian hutan Tropika yang terdapat di Malaysia. Hutan paya bakau banyak terdapat di negeri Perak, Johor, Pahang, Kedah dan Selangor.


Hutan paya bakau yang terdapat berhampiran kawasan rekreasi BNO.

Apakah kepentingan hutan paya bakau?
Hutan paya bakau sangat penting bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem alam. Pokok bakau mempunyai batang dan akar sokong yang kuat. Oleh itu, pokok bakau dapat mencegah pantai daripada hakisan dan dapat melindungi pesisiran pantai daripada banjir dan angin ribut.
Batang dan akar sokong yang kuat dapat melindungi pantai daripada hakisan.
Hutan paya bakau juga menjadi tempat pembiakan haiwan molaska seperti ketam dan udang, serta beberapa spesies ikan. Haiwan ini mencari makanan, bertelur dan menetas di kawasan hutan ini sebelum kembali ke laut.
Burung juga mencari makan dan membuat sarang di hutan bakau ini. Antara burung yang sering menghuni kawasan ini ialah burung helang merah, burung bangau dan pekaka.
Bangau dan haiwan molaska mencari makanan di hutan paya bakau.
Bagi manusia, pokok bakau mempunyai beberapa kegunaan. Batang pokok bakau dapat dijadikan kayu api, arang, kraf tangan dan perabot. Daun, buah dan biji benih bakau dapat dijadikan bahan perubatan tradisional.

Kayu bakau digunakan juga dalam kerja-kerja pembinaan. 

2 comments:

  1. Actually Hutan Paya Bakau bagi saya term tu tak berapa betul. Sebenarnya Hutan Paya Laut, dan spesies Bakau adalah satu spesies yang terdapat pada hutan tersebut. Lain2 spesies termasuk lenggadai, gedabu, api-api dan banyak lagi...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    boleh tak nk tnyer pasal ni sikit??
    boleh tak nyatakn tempat pesisir pantai sebelah timur yg ada paya bakau.. kat mana erk??

    ReplyDelete