Final Project

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger. Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Semester 6, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor telah menghasilkan blog ini sebagai "Final Project" kami. Kami ingin mendapatkan komen dan pandangan daripada anda semua tentang Bagan Nakhoda Omar yang tidak dikenali ramai supaya kawasan rekreasi ini lebih dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan di negeri Selangor. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan, kawasan rekreasi ini dapat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Friday, March 18, 2011

kampung tebuk jawa, bagan nakhoda omar, sabak bernam

kampung tebuk jawa merupakansebuah kampung tradisional yang bersempadan di sebelah utaranya dengan kampung tebuk mufrad, sebelah selatan selatan selat melaka, sebelah timur kampung banting dan kampung sekendi serta sebelah baratnya kampung simpang empat BNO.

nama asal kampung ini diambil sempena orang jawa yang mula-mula meneroka kawasan ini. di samping itu, pada peringkat awal juga hampir 90 peratus penduduk kampung ini terdiri dari masyarakat berketurunan jawa. 

kampung ini mempunyai kisah lagenda nya tersendiri. mengikut kepercayaan orang dahulu, kampung ini ada penunggunya iaitu seekor kuda putih. pada masa lalu, penduduk kampung mengamalkan upacara menyembelih seekor kambing jantan hitam berbelang putih untuk penyembahan kepada penunggu kampung ini. ada penduduk kampung yang percaya, jika tidak melakukan amalan ini, kampung ini akan dilanda musibah dan malapetaka. namun pada masa kini, ia adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

2 comments:

  1. Kuda putih tu jin lah tu... Syawal (P.Ramlee) dalam filem Ahmad al-Bab sebut "jun" = jin.

    ReplyDelete