Final Project

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger. Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Semester 6, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor telah menghasilkan blog ini sebagai "Final Project" kami. Kami ingin mendapatkan komen dan pandangan daripada anda semua tentang Bagan Nakhoda Omar yang tidak dikenali ramai supaya kawasan rekreasi ini lebih dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan di negeri Selangor. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan, kawasan rekreasi ini dapat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Friday, March 18, 2011

kampung sungai lang atau kampung parit baru

kampung ini telah dibuka pada tahun 1918 dan diketuai oleh Haji Abdul Razak bin Haji Alias yangberasal dari tanah jawa bersama 25 orang anak buahnya. sebelumnya, orang-orang ini telah berkampung di negeri perak iaitu di sungai tiang, chenderung balai, dan di sungai samun hingga ke hilir perak. mereka ini pada asalnya merupakan golongan buruh dan pekerja ladang. 
kampung ini mula dibuka di kawasan sungai lang. menurut cerita kawasan ini dinamakan sungai lang ialah kerana pada masa itu pantai selat melaka ada satu pohon kayu yang sudah mati tetapi rantingnya rapat(hidup). apabila senja, beratus-ratus burung helang hinggap di pohon itu sehingga keesokan harinya. maka, terhasilnya nama sungai lang pada tahun 1919-1946.
tetapi telah bertukar namanya ke kampung parit baru pada tahun 1938.

sumber: koleksi cerita rakyat daerah sabak bernam.

No comments:

Post a Comment