Final Project

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger. Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Semester 6, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor telah menghasilkan blog ini sebagai "Final Project" kami. Kami ingin mendapatkan komen dan pandangan daripada anda semua tentang Bagan Nakhoda Omar yang tidak dikenali ramai supaya kawasan rekreasi ini lebih dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan di negeri Selangor. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan, kawasan rekreasi ini dapat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Wednesday, March 23, 2011

Kampung Teluk Rhu, Bagan Nakhoda Omar

nama asal kampung ini tidak dapat diketahui. namun, kampung ini mempunyai cerita tersendiri bagi menceritakan asal penubuhan kampung teluk rhu yang mempunyai kaitan dengan kampung parit baru.
kampung teluk rhu yang terletak di sebelah kampung parit baru darat, tidak mempunyai ketua kampung khusus tetapi di bawah kepimpinan haji abu hassan bin haji abdul razak iaitu ketua kampung parit baru. mengikut pandangan ahli politik ketika itu, kampung parit baru yang mempunyai kawasan yang agak luas dan penduduknya juaga agak ramai perlu ditadbir dengan baik dan tersusun. 
oleh itu, kampung tersebut telah dipecahkan kepada 4 kampung kecil yang terdiri daripada kampung parit baru, kampung parit baru baruh, kampung sungai apong dan kampung teluk rhu.
dengan pembahagian kampung itu, maka penghulu pada masa itu iaitu  tuan syed hashim bin syed ajam telah meminta penduduk kamoung teluk rhu untuk memilih seorang wakil kampung untuk dijadikan ketua kampung. para penduduk telah memilih haji zainal bin abdul ghani menjadi ketua kampung pertama bagi kampung teluk rhu.
pada pemilihan kedua, tuan haji abdul malik bin haji yunus telah dipilih sebagai ketua kampung kedua dan masih dipegang beliau sehingga kini.
sumber dari : koleksi cerita rakyat daerah sabak bernam. 

No comments:

Post a Comment