Final Project

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia kepada semua warga blogger. Kami pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Semester 6, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor telah menghasilkan blog ini sebagai "Final Project" kami. Kami ingin mendapatkan komen dan pandangan daripada anda semua tentang Bagan Nakhoda Omar yang tidak dikenali ramai supaya kawasan rekreasi ini lebih dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan di negeri Selangor. Diharapkan dengan maklumat yang kami berikan, kawasan rekreasi ini dapat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Friday, January 21, 2011

Kegunaan lain pokok bakau

Selain menjadi penyelamat hakisan pantai dan penghalang ribut taufan, pokok bakau mempunyai keistimewaan lain. Batang pokok yang kering digunakan untuk membuat arang. Batang pokok ini juga dijadikan cerucuk dalam bidang pembinaan. Di kawasan kuala, rumah yang dibina menganjur ke laut menggunakan kayu bakau sebagai tiang. Kayu bakau tahan lama dan tidak mudah reput walaupun dalam air masin. Bunga dan daun dijadikan bahan perubatan tradisional.
 Kayu pokok bakau digunakan untuk membuat arang.

Buah, bunga dan daun dijadikan bahan perubatan tradisional.

Kayu bakau digunakan sebagai tiang rumah di tepi laut
kerana ketahanannya dalam air masin.

7 comments:

  1. nice blog. useful information. congratulation ...

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar-gambar yang dimuat naik. Terasa nak pergi melancong setiap masa...

    ReplyDelete
  3. kak ritah: terima kasih. tempat ni akan terkenal jika dibangunkan dan diberi perhatian. bila nk datang, kak?

    ReplyDelete
  4. kak tasekM: terima kasih ye. jemput datang dan nikmati keindahan kawasan rekreasi ni ...

    ReplyDelete